RHD
Builder & Maintenance adalah sebuah syarikat kontraktor
BUMIPUTERA yang pakar dalam industri binaan dan penyelenggaraan atau pembaikan
bagi rumah-rumah teres, banglo, pengubahsuaian rumah dan kedai serta bergerak aktif dalam industri binaan bangunan seperti
hotel, menara pejabat dan bangunan-bangunan sekolah.
Kami berpusat di Sungai Petani, Kedah dan beroperasi di
seluruh kawasan Kedah dan Pulau Pinang.
RHD
Builder & Maintenance terdiri lebih dari 13 orang tenaga
kerja mahir dalam berbagai bidang seperti pembinaan, elektrik, bumbung dan paip
saliran air. Setiap projek yang kami jalankan akan diurus dan dikendalikan oleh
pengurus binaan yang berpengalaman luas lebih dari 17 tahun dalam bidang ini.
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan rundingan
rekabentuk dan hiasan untuk ubahsuai rumah atau kedai serta khidmat Handyman untuk kerja-kerja eletrik
seperti lampu, kipas dan air-cond dan juga kerja baikpulih pintu, tandas,
bumbung, lantai dan sebagainya.
Banyak penglibatan kami dalam mengubahsuai rumah dan
restoran termasuk juga ubahsuai dalaman pejabat-pejabat swasta dan kedai salun
serta pembinaan banglo sebuah diatas tanah lot kosong. Kami sedia berurusan
dengan klien kami dari mula perancangan rekabentuk, kepada penyediaan pelan dan
submission, seterusnya kepada perjanjian peguam dan pinjaman kewangan kerajaan
sehinggalah kepada pembinaan.
Hubungilah kami RHD Builder & Maintenance di talian
6016-9181 442 (En. Ku Paduka) untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan.
Dengan kelengkapan tenaga pakar dan peralatan kami, tentunya telah menjamin keselesaan
anda untuk mengubahsuai kediaman anda serta mendapatkan khidmat yang bertepatan
dengan citarasa anda.
Hubungi
kami : 6016-9181 442
Tiada ulasan:
Catat Ulasan