Khamis, 16 Mei 2013

Kitchen Cabinet Galery

5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur Setiap kediaman tentunya mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Kebiasaanya, fokus di ruang dapur adalah tertumpu kepada kabinet dapur. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?
Bajet
. Ya, bajet adalah perkara pokok yang perlu kita titikberatkan sebelum berangan tinggi kemain nak kabinet dapur yang camtu, cenggini. Kalau mempunyai bajet yang agak terhad, jangan risau. Tak semestinya apa yang anda idamkan tidak dapat direalisasikan. Sekarang ni dah banyak pilihan menarik yang bersesuaian dengan bajet anda. Memandangkan saiz dapur di kediaman saya sangat minima, plus bajet pun minima jugak. Saya hanya estimate RM10k untuk kitchen cabinet.
Konsep
. Sudah tentu konsep yang dipilih amat penting dalam pemilihan kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden kan? Samalah dengan saya, konsep moden bukan sahaja kelihatan simple, ringkas dan kemas, malah dari segi bajet yang terhad juga dah boleh kita dapat kabinet dapur berkonsepkan moden.
Material
. Sekarang ni dah kena study sikit-sikit pasal material untuk kabinet dapur. Tak kiralah bagi material table top , pintu mahupun handle. Untuk material table top pasang siap, material jenis akrilik (acrylic) adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan material-material lain. Tapi untuk tahan lasak dan lebih lama, disarankan untuk membina table top konkrit. Untuk material nya, bergantung lah kepada bajet kita tu tadi. Kalau ada bajet lebih, batu granite yang terbaik. Kalau biasa-biasa je, boleh je pilih macam-macam jenis tile sekarang yang cantik-cantik. Untuk pintu pula, trend sekarang adalah tertumpu kepada melamine dan UV gloss. Terpulang la pada anda nak memilih yang mana. Pakai frame aluminium pun Boley...macam2 design gambar ade boley boh kat pintu tu.
Warna
. Kombinasi warna putih dan hitam, merah Dunhill, turut menjadi trend masa kini dalam pemilihan warna. Dua warna ini bukan sahaja sering diterjemahkan dalam pemilihan perabot hiasan, malah kabinet dapur turut menjadi pilihan sang pemilik rumah. Untuk effect saiz dapur yang lebih besar, putih mungkin menjadi pilihan saya. Tapi bila difikirkan semula, susah nak maintain sebab putih memang mudah je nampak celanya. Apa kata warna biru? hehe...kot nampak lebih berbeza dan menarik.. sure orang yang kretif akan pilih warna camni.
Rekabentuk
. Kebiasaannya, rekabentuk kabinet dapur ditentukan berdasarkan citarasa pembeli. Namun, ada juga sesetengah kedai yang telah menetapkan rekabentuk tersendiri. Pandangan peribadi saya, lebih baik ianya mengikut citarasa kita, tetapi dalam masa yang sama tugas mereka adalah memberi khidmat konsultansi. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai opsyen tambahan jika tidak mahu menggunakan dining table sedia ada.
Aksesori
. Amalan kita biasanya akan mengabaikan faktor ini sebagai pelengkap kepada kabinet dapur. Apa yang akan berlaku jika kita mengasingkan faktor ini dengan tidak mengambilkira dalam pembinaan kabinet dapur? Sudah tentu dapur yang siap tersergam indah akan dipenuhi dengan aksesori tambahan yang akan dibeli berasingan. Kebiasaannya, rak pengering pinggan akan dibeli berasingan. Kesannya, akan memakan ruang untuk meletakkan rak tersebut. Belum tambah lagi dengan cawan, sudu dan garfu. Lagi lah bertambah messy. Sebenarnya saya juga mengingatkan diri saya, takut nanti saya pun terlepas pandang dengan aksesori ni. hihi... ****************** Sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira dalam membina kabinet dapur ni. 5 faktor yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya consult pelanggan dan juga pengalaman sendiri mengenai kabinet dapur ini. Saya bukanlah profesional yang layak untuk berhujah lebih mengenai perkara ini. Mungkin sebelum anda merujuk kepada pakar, mana tau 5 faktor ini yang perlu anda pertimbangkan. Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! =) Ok... Sekiranya anda mahu menempah kabinet untuk dapur ke ruang tamu atau bilik tidur, hubungilah saya 016-9181 442 untuk runding rekabentuk dan tempahan... Have a nice day..!!

Tiada ulasan: