Khamis, 16 Mei 2013

Kitchen Cabinet Galery

5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur Setiap kediaman tentunya mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Kebiasaanya, fokus di ruang dapur adalah tertumpu kepada kabinet dapur. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?
Bajet
. Ya, bajet adalah perkara pokok yang perlu kita titikberatkan sebelum berangan tinggi kemain nak kabinet dapur yang camtu, cenggini. Kalau mempunyai bajet yang agak terhad, jangan risau. Tak semestinya apa yang anda idamkan tidak dapat direalisasikan. Sekarang ni dah banyak pilihan menarik yang bersesuaian dengan bajet anda. Memandangkan saiz dapur di kediaman saya sangat minima, plus bajet pun minima jugak. Saya hanya estimate RM10k untuk kitchen cabinet.
Konsep
. Sudah tentu konsep yang dipilih amat penting dalam pemilihan kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden kan? Samalah dengan saya, konsep moden bukan sahaja kelihatan simple, ringkas dan kemas, malah dari segi bajet yang terhad juga dah boleh kita dapat kabinet dapur berkonsepkan moden.
Material
. Sekarang ni dah kena study sikit-sikit pasal material untuk kabinet dapur. Tak kiralah bagi material table top , pintu mahupun handle. Untuk material table top pasang siap, material jenis akrilik (acrylic) adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan material-material lain. Tapi untuk tahan lasak dan lebih lama, disarankan untuk membina table top konkrit. Untuk material nya, bergantung lah kepada bajet kita tu tadi. Kalau ada bajet lebih, batu granite yang terbaik. Kalau biasa-biasa je, boleh je pilih macam-macam jenis tile sekarang yang cantik-cantik. Untuk pintu pula, trend sekarang adalah tertumpu kepada melamine dan UV gloss. Terpulang la pada anda nak memilih yang mana. Pakai frame aluminium pun Boley...macam2 design gambar ade boley boh kat pintu tu.
Warna
. Kombinasi warna putih dan hitam, merah Dunhill, turut menjadi trend masa kini dalam pemilihan warna. Dua warna ini bukan sahaja sering diterjemahkan dalam pemilihan perabot hiasan, malah kabinet dapur turut menjadi pilihan sang pemilik rumah. Untuk effect saiz dapur yang lebih besar, putih mungkin menjadi pilihan saya. Tapi bila difikirkan semula, susah nak maintain sebab putih memang mudah je nampak celanya. Apa kata warna biru? hehe...kot nampak lebih berbeza dan menarik.. sure orang yang kretif akan pilih warna camni.
Rekabentuk
. Kebiasaannya, rekabentuk kabinet dapur ditentukan berdasarkan citarasa pembeli. Namun, ada juga sesetengah kedai yang telah menetapkan rekabentuk tersendiri. Pandangan peribadi saya, lebih baik ianya mengikut citarasa kita, tetapi dalam masa yang sama tugas mereka adalah memberi khidmat konsultansi. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai opsyen tambahan jika tidak mahu menggunakan dining table sedia ada.
Aksesori
. Amalan kita biasanya akan mengabaikan faktor ini sebagai pelengkap kepada kabinet dapur. Apa yang akan berlaku jika kita mengasingkan faktor ini dengan tidak mengambilkira dalam pembinaan kabinet dapur? Sudah tentu dapur yang siap tersergam indah akan dipenuhi dengan aksesori tambahan yang akan dibeli berasingan. Kebiasaannya, rak pengering pinggan akan dibeli berasingan. Kesannya, akan memakan ruang untuk meletakkan rak tersebut. Belum tambah lagi dengan cawan, sudu dan garfu. Lagi lah bertambah messy. Sebenarnya saya juga mengingatkan diri saya, takut nanti saya pun terlepas pandang dengan aksesori ni. hihi... ****************** Sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira dalam membina kabinet dapur ni. 5 faktor yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya consult pelanggan dan juga pengalaman sendiri mengenai kabinet dapur ini. Saya bukanlah profesional yang layak untuk berhujah lebih mengenai perkara ini. Mungkin sebelum anda merujuk kepada pakar, mana tau 5 faktor ini yang perlu anda pertimbangkan. Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! =) Ok... Sekiranya anda mahu menempah kabinet untuk dapur ke ruang tamu atau bilik tidur, hubungilah saya 016-9181 442 untuk runding rekabentuk dan tempahan... Have a nice day..!!

Ahad, 12 Mei 2013

Inspirasi



Tampak menawan dan hebat dengan Nippon Paint.

Pengetahuan Am





Dalam merekabentuk semua bangunan termasuklah rumah kediaman, antara perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah keperluan undang-undang bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna itu sendiri. Mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (Uniform Building By Law 1984), berikut dikongsikan luas minimum bagi bilik-bilik dalam bangunan kediaman:-
  •   Bilik Tidur
  1. Luas bilik kediaman yang pertama (kebiasaannya dirujuk kepada bilik tidur utama) hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegi.
  2. Luas bilik yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi.
  3. Luas bilik-bilik lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
  4. Lebar setiap bilik tersebut hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.
  5. Tinggi setiap bilik hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
  • Dapur
  1.  Luas dapur hendaklah tidak kurang daripada 4.5 meter persegi.
  2. Lebar dapur hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter.
  3. Tinggi dapur hendaklah tidak kurang daripada 2.25 meter.
  • Tandas & Bilik Mandi
  1. Saiz tandas hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter x 0.75 meter
  2. Saiz bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  3. Saiz bilik mandi beserta tandas hendaklah tidak kurang daripada 2 meter persegi dan lebarnya hendaklah tidak kurang daripada 0.75 meter
  4. Tinggi tandas atau bilik mandi hendaklah tidak kurang daripada 2 meter.

(Rujukan: Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984, (Perkara 42-44)

Jika anda telah mengupah seseorang untuk melukis pelan rumah idaman anda, pastikan perkara-perkara di atas di ambil kira bagi menjamin keselamatan dan keselesaan anda. Hubungi saya 6016-9181 442 jika anda inginkan pelan rumah idaman anda dengan pilihan rekabentuk yang menarik yang dapat disesuaikan dengan keluasan tanah yang anda miliki.

Pengenalan Syarikat Kami



RHD Builder & Maintenance adalah sebuah syarikat kontraktor BUMIPUTERA yang pakar dalam industri binaan dan penyelenggaraan atau pembaikan bagi rumah-rumah teres, banglo, pengubahsuaian rumah dan kedai  serta bergerak  aktif dalam industri binaan bangunan seperti hotel, menara pejabat dan bangunan-bangunan sekolah.

Kami berpusat di Sungai Petani, Kedah dan beroperasi di seluruh kawasan Kedah dan Pulau Pinang.

RHD Builder & Maintenance terdiri lebih dari 13 orang tenaga kerja mahir dalam berbagai bidang seperti pembinaan, elektrik, bumbung dan paip saliran air. Setiap projek yang kami jalankan akan diurus dan dikendalikan oleh pengurus binaan yang berpengalaman luas lebih dari 17 tahun dalam bidang ini.

Syarikat kami menyediakan perkhidmatan rundingan rekabentuk dan hiasan untuk ubahsuai rumah atau kedai serta khidmat Handyman untuk kerja-kerja eletrik seperti lampu, kipas dan air-cond dan juga kerja baikpulih pintu, tandas, bumbung, lantai dan sebagainya. 

Banyak penglibatan kami dalam mengubahsuai rumah dan restoran termasuk juga ubahsuai dalaman pejabat-pejabat swasta dan kedai salun serta pembinaan banglo sebuah diatas tanah lot kosong. Kami sedia berurusan dengan klien kami dari mula perancangan rekabentuk, kepada penyediaan pelan dan submission, seterusnya kepada perjanjian peguam dan pinjaman kewangan kerajaan sehinggalah kepada pembinaan.

Hubungilah kami RHD Builder & Maintenance di talian 6016-9181 442 (En. Ku Paduka) untuk sebarang pertanyaan dan perkhidmatan. Dengan kelengkapan tenaga pakar dan peralatan kami, tentunya telah menjamin keselesaan anda untuk mengubahsuai kediaman anda serta mendapatkan khidmat yang bertepatan dengan citarasa anda.

Hubungi kami : 6016-9181 442